Sunday 29 January 2012

cara pencegahan yang berkesan oleh RASULULLAH s.a.w

cerita ini berlaku pada zaman Nabi s.a.w yang mana ketika itu hukum hudud pun telah disyariatkan oleh Allah. seorang lelaki, sebelum dia memeluk islam kerjanya asyik mencuri, sehinggalah dia masuk islam pun  pekerjaannya itu masih belum dapat dihentikan, sehinggakan dia bertanya kepada Rasulullah s.a.w: ya Rasullulah, bolehkah aku mencuri? Rasulullah s.a.w menjawab: " boleh, tapi engkau mesti berkata benar." satu hari dia menjalankan kerja hariannya,  dan dia masih ingat lagi pesan Nabi s.a.w..dengan kekuasaan Allah S.W.T, tiba-tiba dia terfikir dan berkata kepada dirinya sendiri, :" kalau aku ditangkap kemudian berkata benar dan mengaku yang aku ini mencuri tentu aku akan dihukum potong tangan oleh Nabi s.a.w." maka selepas daripada itu dia telah bertaubat dan tidak mahu lagi melakukan perkara seperti ini selama-lamanya.

begitu berkesan sekali cara pencegahan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dalam menangani masalah yang berlaku ketika itu. semoga dengan kisah pendek ini dapat memberikan pengajaran yang berguna kepada semua umat Islam dalam menghadapi dan menangani masalah sosial yang berlaku pada zaman ini.